Wednesday 11 March 2015

Event on this month (June)

Assalamualaikum...
dah 2 bulan tak update blog nie..macam dah berlapuk la pulak..
setelah 2 bulan aku bermuhabah diri..Alhamdulilah..aku dapat kembali kekuatan dari yang Esa..aku cuba mencari kekuatan, kesalahan dan mengenang kembali dosa-dosa yang lalu..mungkin kesakitan yang aku rasai ialah balasan daripada dosa-dosaku yang lalu..namun..aku tahu Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan diri insan itu.. yang paling penting..aku akan jadikan apa yang berlaku dalam hidup aku sebelum nie sebagai pengalaman dan kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang akan datang..

Hehehe..macam dah jauh pulak melalut dari tajuk...bulan nie macam2 aktiviti aku buat..hampir semuanya gembira..dan tak sedar dah hujung bulan n dah nak puasa...okey..aku mula dengan awal bulan.. 
3 Jun 2014..
first time drive my father's bus..hehehe...seronok..lepas nie dah boleh amek lesen bas..hehehe..ade gaye pemandu bas x??boleh la..hahaha..



6 Jun 2014..
date ni ...aku pergi anta student aku pergi Talent Competition SMK (Private School) S__ H__ Bukit Gambir..setelah berbulan-bulan bersengkang mata menyiapkan diorang punya 'prop'..yelah sejak kene pindah dekat tempat baru..terpaksa aku berulang-alik antara Kids dan JSP. tapi pape pon..Talent Competition tu memang seronok..dapat jumpa ramai cikgu dari cawangan MRC yang lain.
then..malam tu pulak aku beli tiket then terus balik kampung (Kedah)...dengan sape?? sorang la..first time taw jlan jauh sorang2..yelarh last pergi jauh pon 2 orang..tu pon Pulau Pinang jer..nie Kedah..bertolak pukul 9.30 malam..(6/6/14) then sampai pukul 8.30 pagi..(7/6/14)11 jam dalam bas..nasib baik mlm..hehehe..tido jer la...walaupun kat kampung cuma 2 hari..9/6/14 dah bertolak balik Johor..dalam perjalanan balik..boleh pulak bas tue berhenti kat bustand Butterworth..menitis juga air mata yang selama ini aku tahan..tapi aku sedar..walaupun aku menangis air mata darah sekalipun..aku tak akan kembali dengan dia..so..sabar k...eh...lupa nak cerita..aku bertolak balik dari Kedah 10.30 malam (9/6/14) sampai Batu Pahat 11.30 pagi (10/6/14)..lagi lama kan..erm..mase tu Tuhan jer tahu perasaan aku..penat tak terkata...hehehe...






12 Jun 2014..
lepas rehat sehari kat rumah..kene la sambung keje..tapi nasib baik la cuti sekolah..keje pon tak ada student..so..cikgu dapat la buat keje pembersihan bilik darjah..aku dan kawan-kawan kerja kene kemas semua buku2 semester baru untuk persediaan semester baru..dan yang paling memenatkan dan seronok..kitorang kene berus setiap kelas ( 7 kelas ) berserta ruang tamu tempat kerja kami..besarnya..kecil jer 2 bangunan hujung, 2 tingkat.. tapi seronok..dapat main air..time tue baru taw cikgu dengan student same jer..cam budak2..hehehe...



15 Jun 2014..
salah seorang sahabat aku bertunang..tahniah dear..aku doakan korang tabah melalui cabaran hidup dan kekal hingga akhir hayat..amin... hehehe..aku??nanti la dulu..belum ready lagi..

18 Jun 2014..
F.A.N.N.A.A.S.S reunion..walaupun dah dekat 2 bulan diorang cuti,,tapi tak ada masa yang sesuai nak jumpa..last2 date nie jugak yang sesuai..itu pun malam..tapi oke la..dapat cerita masalah masing2..share cerita happy..dapat kurangkan rindu yang ada & dpt eratkan hubungan kami berlapan..in shaa Allah sahabat selamanya..

mungkin sampai sini jer la coretan aku untuk hari ini...selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua umat Islam..semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lalu..amin..

No comments:

Post a Comment